Saturday 22 March 2014

Aliaa Sayang SEmua

hi semua.. aliaa dah lama tak menaip ni..
hari rasa sedih sangat that's why aliaa rasa nak tulis something larh..
aliaa ada 2 stories..

1. Mr NewZealand.....

-I still wonder why I can't stop thinking of him. dia hadir n pergi macam tu je.. everyday aliaa mesti akhiri hari aliaa dengan tangisan.. arrr benci sangat.. dia bawa banyak makna dalam hidup aliaa.. aliaa tak nak jadi seperti perigi mencari timba.. tapi dalam SETIAP SUJUD & SETIAP DOA, nama dia tak pernah aliaa lupa.. ustaz cakap sekarang kita tak boleh cintan cintun tapi sejak 2012 Allah dah terbitkan satu rasa 'pelik' ni, nak buat macam mana??
aliaa harap Allah dengar doa aliaa jika dia memang terbaik untuk diri aliaa, keluarga aliaa, manfaat dunia akhirat dan mampu memimpin tangan aliaa menuju ke Jannatul Firdausy... amin..



2. My Parents.....

-last year, bulan 6 rasanya, abah operate sebab usus pecah.. and pakai beg larh untuk membuang.. and semalam abah kena masuk hospital lagi sebab esok nak operate utk sambung usus..sedih sangat!! hari ni pulak,mama pergi hospital untuk teman abah..
abah, aliaa tak pandai nak tunjuk rasa sayang aliaa melalui ucapan,, aliaa mintak maaf..
aliaa sayang abah...
abah, aliaa nak abah sembuh.. aliaa tak suka kemungkinan2 yang doktor cakap..
kakak kat uitm, so maknanya aliaa nak kena galas tanggungjawab sebagai kakak kan?
abah kuatkan diri taw..

#Mr NZ saya sayang awak bukan kerana saya paksa diri saya. tak..tak..tak.. mungkin awak tak tahu sekarang.. tak apa!! awak study kt NZ bukan lama pun..4 tahun je.. insya Allah saya boleh tunggu..

#Abah..Mama..aliaa janji aliaa akan jaga mama n abah selagi Allah pinjamkan nyawa ni pada aliaa.. Aliaa janji tak akan kianati kepercayaan yang mama n abah bagi.. aliaa tahu siapa Mr NZ.. Allah tak membezakan darjat kita..

SAYANG SEMUA!!!!

Thursday 25 July 2013

Rindu Ain buat 5History.

Assalamualaikum.
Hmm, rasanya dah berhabuk dan bersawang dah blog ni. Maklum la, sudah lama ditinggalkan. Penghuninya pergi merantau serata dunia. Acewahh !! Berangan jer lebih.  Ehehe. Tapi jangan risau. Ain dah bersihkan blog ni. Hantu-hantu pun ain dah halau. So, cuba tengok dan renung dengan penuh perasaan apa yang terbentang di hadapan mata kamu. Sungguh damai dan tenang, kan ?

Ya, ain pun rasa begitu. Jika diimbas kembali, blog ni dulu apa template dia ? Guess la... Kalau betul ain bagi choki-choki. Sedap tau kalau salut dekat roti bonanza ! Nyum nyum. Okeh, ain nampak kamu sedang kebingungan. Meh, sini ain cerita.

Emm, sebelum ni kan...blog ni guna background polka dot warna warni. Warna tema ungu. Huhu, teringat pulak raya dah nak dekat. Dah beli baju ? Warna apa tu ? Meh kongsi dengan ain. Kalau baik hati, bole la sponsor baju raya dekat ain. Hamboih, melampau yer kau ni Ain Nadhirah ! Sekali sekala, biarlah.

Haha, dulu polka dot sekarang floral. Macam mana ? Cantik tak ? Eh, mesti la cantik. Designernya pun ain. Kali ni ain baik hati. Semua free of charge. Korang nak tak ain edit ? Kalau nak bole jer tapi kena bayar la sebab tawaran free of charge tu dah tutup. Okeh, i'm just kidding. Totally, blog ni nampak simple jer kan ? Tak sarat sangat. Tak serabut sangat. Tak apa lagi ya ?

Stop fasal design whatever ni. Hmm, bila ain buka jer blog ni, ain rindu group 5History. Dah nak masuk lapan bulan dah. Macam mana mereka sekarang ? Wina, Nadia dan Eliya ? Puasa tahun ni okeh tak ? Ye la, bersahur dan berbuka di sekolah tanpa ada keluarga disisi. Mesti rasa lain kan ?

Kalau dapat jumpa pun, sekejap jer. Huhu, cadangnya nak berbuka dekat luar nanti, kan ? Bila korang nak buat ? Miss a lot ! Nak jumpa korang...nak peluk korang...nak story mory macam dulu lagi....nak hangout macam dulu. Bila la kita dapat luangkan masa bersama ?

Okeh la, setakat ni jer. 
Ain tiupkan rindu rindu sayang ain buat group 5history. Daaa... ^^